Wednesday, May 27, 2009

Day Two

Seperti biasa, anak-anak telah masuk beradu. Bapaknyer dah terlelap depan TV, macam biasa. Takde topik menarik untuk dibincangkan. Aku masih lagi mencari-cari sesuatu yang boleh dikongsikan bersama tapi belum menemui ilham lagi. Mungkin kerana aku kurang membaca. Kesibukan kerje dan anak-anak membuatkan aku kurang membaca. 

Sekarang nih aku tengah melayan cerita x-man. Hajat hati hendak sambung keje, tapi disebabkan kesilapan technical, keje nyer tak  jalan.

Esok masih ada, sure aku busy giler. Sian kat Arfan and kakak sebab umi selalu pulang lewat.

 

Friday, May 15, 2009

Day One

Time : 1:53am

Anak-anak dah tido. Aku jer yang masih berjaga. Melayari internet, actually nak download movie, tapi dari tadi tunggu tak banyak progression pun.

Hubby, outstation. Insyaallah besok selamat pulang dari Labuan. Selalunyer , waktu macam nih aku dah melelapkan mata. Tapi di sebabkan keje-keje tak rasmi, aku masih dok depan PC.

Aku tak pernah bermimpi nak create my own blog, my hubby, he has his own blog, wpun not very active update the blog, tapi aku rasa macam seronok pulak baca ape yg tersirat dalam hati dia. Insyaallah, di ruangan ini aku pun hendak berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat di luar sana.

Time to sleep. Takut tak bangun subuh pagi nanti. Roger and out.