Tuesday, June 9, 2009

Masak-masak

Em, ingat ujung minggu nak masak puding roti. Budget ? kena korek sikit sebab bulan nih dah over spent, buat kenduri aqiqah arfan. Alhamdullillah dah selamat. Sedara, ramai yang tak muncul, kebetulan ramai yang pergi cuti-cuti malaysia and kenduri kahwin.

Resipi puding roti bakar :
Puding Roti Bakar 10.00
Kiriman: z-mani
Hits: 630 Rating: 10.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
¾ buku roti
1 liter susu segar
10 sudu besar gula
¾ sudu garam
mentega
Cara:
1. Carik-carikan roti
2. Masukkan dalam mangkuk besar
3. Masukkan susu segar dan kacau
4. Letakkan garam dan gula
5. Pastikan adunan menjadi sebati
6. Letakkan beberapa sudu mentega kedalam
loyang secara rawak.
7. Masukkan adunan tadi kedalam loyang
8. Letakkan sedikit mentega keatas adunan
tadi secara rawak.
9. Bakar pada suhu 170 degree dlm masa
45-60 minit
Revie

bagi sape2 yang ingin mencuba, silakan. Moga berjaya.

Wednesday, May 27, 2009

Day Two

Seperti biasa, anak-anak telah masuk beradu. Bapaknyer dah terlelap depan TV, macam biasa. Takde topik menarik untuk dibincangkan. Aku masih lagi mencari-cari sesuatu yang boleh dikongsikan bersama tapi belum menemui ilham lagi. Mungkin kerana aku kurang membaca. Kesibukan kerje dan anak-anak membuatkan aku kurang membaca. 

Sekarang nih aku tengah melayan cerita x-man. Hajat hati hendak sambung keje, tapi disebabkan kesilapan technical, keje nyer tak  jalan.

Esok masih ada, sure aku busy giler. Sian kat Arfan and kakak sebab umi selalu pulang lewat.

 

Friday, May 15, 2009

Day One

Time : 1:53am

Anak-anak dah tido. Aku jer yang masih berjaga. Melayari internet, actually nak download movie, tapi dari tadi tunggu tak banyak progression pun.

Hubby, outstation. Insyaallah besok selamat pulang dari Labuan. Selalunyer , waktu macam nih aku dah melelapkan mata. Tapi di sebabkan keje-keje tak rasmi, aku masih dok depan PC.

Aku tak pernah bermimpi nak create my own blog, my hubby, he has his own blog, wpun not very active update the blog, tapi aku rasa macam seronok pulak baca ape yg tersirat dalam hati dia. Insyaallah, di ruangan ini aku pun hendak berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat di luar sana.

Time to sleep. Takut tak bangun subuh pagi nanti. Roger and out.